TENTANG KAMI

PURNAMA HOME DÉCOR SDN BHD mula ditubuhkan pada 14 MAC, 2005 dimana ianya dimiliki sepenuhnya oleh ekuiti Bumiputera. Syarikat yang pada mulanya beroperasi di LOT 24, SEK.15, Jalan Bukit Ubi, Kuantan ini menjalankan urusniaga menjual, membekal, mengedar, serta membaikpulih pelbagai jenis perabot, permaidani, langsir, alatan pejabat, perkakas elektrik, komputer peribadi, alatan komputer dan menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian dalaman untuk rumah kediaman dan ruang pejabat. Purnama Home Décor Sdn. Bhd. juga menjalankan perniagaan mengimport dan mengeksport pelbagai jenis perabot jati dan moden, tekstil, dan  peralatan elektrik.

Sejak penubuhannya, syarikat ini telah memperluaskan rangkaian perniagaan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Antaranya dengan membuka beberapa cawangan di Kuala Terengganu (Terengganu), Dungun (Terengganu), Kota Bharu (Kelantan), dan Kuantan (Pahang). 

Syarikat ini juga mempunyai beberapa buah anak syarikat. Di antaranya ialah Furindo Makmur Sdn. Bhd.  yang menjalankan perniagaan menjual, membekal, mengeksport dan mengimport perabot jati. Furindo Makmur Sdn Bhd menjalankan perniagaannya di Lot 83, Kg. Peramu, Kuantan, Pahang.  Sementara anak syarikat lainnya, iaitu Purnama Furniture diberi tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan membekal barangan perabot kepada badan-badan kerajaan dan swasta. Purnama Furniture merupakan syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.  Satu lagi anak syarikat Purnama Home Décor Sdn. Bhd. ialah The Minds Network, yang  menjalankan urusniaga pembelian dan penjualan hartanah di samping menawarkan perkhidmatan sewaan rumah dan premis perniagaan.

Penubuhan Purnama Home Décor Sdn. Bhd. telah mendapat sokongan padu daripada institusi-institusi kewangan yang memberi kerjasama yang sepenuhnya. Dengan adanya sokongan tersebut, syarikat ini akan terus maju dan berupaya membina empayar perniagaan tersendiri dengan merebut peluang yang disediakan. Dengan kedudukan bangunan yang strategik di bandar-bandar utama, Purnama Home Décor Sdn. Bhd. percaya dengan mengutamakan kepuasan pelanggan pada setiap perkhidmatan yang disediakan akan dapat membantu membina masa depan yang cemerlang.

Syarikat ini berharap agar dapat terus berkembang dalam perniagaan seumpamanya, bukan sahaja dalam bidang perniagaan perabot tetapi juga sebagai pengeluar, pereka bentuk serta pengeksport barangan perabot yang berkualiti dan terunggul di Malaysia.